Ads

Pages

Language

Sunday, October 17, 2010

Amalan Ketika Mengandung

Apabila seorang isteri telah disahkan mengandung oleh doktor, ada beberapa amalan yang perlu di lakukan untuk mendapat anak yang mendengar kata, sihat, cantik, putih dan macam-macam lagi yang selalu di impikan oleh ibubapa.

Pada permulaan mengandung doktor akan beri vitamin kepada si ibu untuk pembentukkan bayi di dalam rahim dan untuk menguatkan rahim ibu. Vitamin yang diberi oleh doktor hendaklah sentiasa dimakan.Ada setengah ibu tidak hendak makan vitamin kerana takut bayi besar. Sebenarnya memakan vitamin tersebut tidak akan membuat bayi besar tetapi cara pemakanan ibu yang akan membuat bayi besar.Perkara ini telah saya ujikan pada diri saya sendiri.

Saya adalah jenis ibu yang tidak pernah tinggal mengambil vitamin yang diberi oleh doktor untuk tumbesaran bayi dan kesihatan sendiri. Kelima-lima anak-anak saya alhamduillah sihat walafiat dan berat masing-masing adalah antara 2.7 kg hingga 3.3 kg. Cuma anak yang keenam besar sikit dari yang lain, beratnya adalah 3.63 kg. Ini kerana ketika mengandungkan anak keenam, setiap 2 jam saya akan berasa lapar dan sentiasa makan. Kawan-kawan pun rasa pelik. Memang saya kuat makan ketika itu. Jadi sentiasalah mengambil vitamin yang disarankan oleh doktor pakar bidan mengikut ketetapan jadualnya.

Amalan yang selalu saya amalkan ketika mengandung adalah jaga solat fardhu,mengaji al-quran, sentiasa wirid, jaga akhlak, laksanakan solat sunat, jaga makan yang dimakan  dan tidak minum air yang berais. Ketika mengandung, saya akan mengatam al-quran sebanyak 3 kali dalam tempoh mengandung iaitu setiap 3 bulan saya akan hatam al-quran. Jikalau tak mampu, cumalah hatam sekali dalam tempoh mengandung itu atau amalkan Surah Yusuf, Surah Luqman dan Surah Mariam dalam tempoh tersebut. Insyallah anak-anak akan hormat dan menurut nasihat kita.

Lagi satu ibu juga kena kuatkan semangat ketika mengandung. Memang ibu akan berasa penat ketika mengandung, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa sihat. Doa seorang ibu yang mengandung sentiasa di dengar oleh Allah s.w.t. terutama ketika saat nak melahirkan. Doalah ketika itu insyallah Allah akan kabulkan.

Ini pengalaman saya ketika melahirkan anak yang sulung. Saya masuk hospital pada waktu tengahari tetapi tidak bersalin pada hari itu. Pada keesokan hari dalam pukul 9.00 pagi baru masuk bilik bersalin. Apabila doktor periksa baru buka 4 cm dan doktor beritahu insyallah akan bersalin pada waktu petang. Bayangkan ketika itu telah ada sakit bersalin yang datang setiap 10 minit, hati bercakap dapatke push anak ini kalau bersalin petang. Lalu saya berdoa kepada Allah agar saya akan melahirkan anak ini pada pagi ini juga. Tidak lama selepas tu pada pukul 10.30 pagi, saya telah selamat melahirkan anak secara normal. Saya sungguh bersyukur kepada Allah. Ada doa yang perlu kita amalkan ketika sakit hendak bersalin iaitu doa nabi nuh dalam perut ikan paus.Amalkanlah ketika sedang sakit bersalin dan ajarkan juga pada sibapa.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30 



Sunday, October 10, 2010

Sakit Tumit Kaki

Ada masa-masanya, saya selalu rasa sakit tumit kaki setiap kali bangun tidur. Ini disebabkan peranakan(rahim) telah turun. Selalunya mak bidan akan sengkang rahim untuk menaikkannya. Kalau duduk di bandar, susah juga nak cari mak bidan kan. Oleh sebab itu, saya mencuba bermacam-macam jamu tradisional untuk menguatkan dan menaikkan rahim.

Akhirnya saya telah terjumpa satu produk yang boleh menaikkan  dan menyehatkan peranakan(rahim) iaitu paramaria plus. Selepas memakan paramaria plus, saya rasa sihat dan tumit kaki sudah tidak sakit lagi. Tapi kenalah makan paramaria plus selama sebulan kemudian baru dapat hasilnya insyallah. Paramaria plus makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.

Ingin mencuba, bolehlah email kepada saya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30 

Sakit Gigi

Semua orang rasa takut untuk ke klinik gigi apabila sakit gigi tak kiralah orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. Sakit gigi akan terasa lebih kuat pada waktu malam dan seseorang tidak akan dapat tidur lena.


Saya pernah mengalami sakit gigi selepas pulang dari kerja. Sakitnya berlarutan hingga ke malam. Nasib baik saya teringat minyak habatulsauda (nigella oil) yang dapt melegakan sakit gigi. Apa lagi, saya pun cepatlah menyapu minyak  tersebut ke seluruh gigi dan gusi. Selepas itu sakit gigi itu beransur-ansur reda. Pada malam itu saya dapat tidur dengan lena sementara  menanti keesokkan hari untuk pergi ke klinik gigi.


Inilah minyak habatulsauda yang saya gunakan. Simpanlah  minyak ini di rumah sebab kita tidak tahu bila sakit gigi akan datang menyerang, betul tak.  
HARGA : WM RM45.00 | EM : RM49.50 | BRU : $25.00 | S'PORE $25.00
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30 


Saturday, October 9, 2010

Kaki Kejang

Setiap kali seorang ibu mengandung, si ibu akan kekurangan kalsium dalam badan kerana bayi akan mengambil kalsium ibu untuk pembentukan tulang. Si ibu akan mengalami kekejangan (cramp) pada betis dan doktor akan memberi ubat kalsium. Kekejangan kaki ini selalunya terjadi pada waktu malam dan keesokkan harinya masih rasa lagi sakitnya.

Semasa saya mengandung anak yang kelima, tiap-tiap malam betis saya rasa kejang dan bila bangun pagi masih terasa sakit lagi. Setiap hari sebelum pergi kerja, saya akan sapu minyak panas terlebih dahulu.

Saya adalah jenis yang suka beli segala jenis minyak panas. Satu hari kawan memperkenalkan minyak but-but (HPA) kepada saya dan saya telah membelinya. Seperti biasa, saya mengalami kekejangan dan terus mencapai minyak but-but tersebut. Apabila selesai sapu  minyak but-but pada betis, kekejangan dan rasa sakit tiada lagi. Malah pada waktu pagi sakit tersebut telah hilang, alhamduillah. Selamat mencuba.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12.50
Kos Penghantaran (Semanjung Malaysia) : RM 5.30
 

Kulit Lembut dan Halus

Saya mendapat petua ini dari seorang kawan karib dan telah mengamalkannya sejak tahun 1985. Setiap kali mandi pada waktu pagi dan petang, kita akan basahkan badan terlebih dahulu dan kemudian baru sabun seluruh badan.

Sekarang ini kita tukar pula caranya iaitu sabunkan badan dengan sabun atau shower gel ke seluruh badan terlebih dahulu. Selepas itu barulah mandi seperti biasa.

Insyallah kalau diamalkan selalu, kulit akan sentiasa lembut dan halus.


HARGA : WM RM26.00 | EM : RM28.00 | BRU : $14.00 | S'PORE $14.00
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30 
(300Ml)