Ads

Pages

Language

Wednesday, October 29, 2014

Tipu Daya Syaitan

Semalam cu tengok Tanyalah Ustaz - TV9, tajuk tipu daya syaitan. Salah satu amalannya berzikir










Monday, October 27, 2014

Bengkak - Gigitan Semut Api

Semasa cu kecil, selalu juga semut api yang berwarna merah mengigit jari tangan sebab cu suka main masak-masak dengan daun-daun di halaman rumah. jari tersebut akan bengkak dan berwarna kemerahan serta gatal.

Arwah ibu akan ambil kapur dan sapu di tempat gigitan tersebut. Insya Allah bengkak tersebut akan surut dan kemerahan akan hilang.




Wednesday, July 2, 2014

Jantung

Cu menghadiri kuliah Sirah Nabi di masjid . Ustaz memberitahu amalkan Surah Al-Inshirah tiap-tiap hari selepas solat fardhu. Surah ini banyak kelebihan nya dan salah satu nya ada ubat untuk jantung .

Caranya: 
  • selepas solat letakkan tangan kanan ke jantung,
  • Bacalah Surah Al-Inshirah dan pohon doa Allah sembuhkan penyakit jantung.

Ingatlah: Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuh.

Wednesday, June 25, 2014

Demam Ketika Berpantang

Zaman moden sekarang, ramai yang berpantang di dalam bilik berhawa dingin atau berkipas. Dari anak pertama hingga anak keenam, cu lebih suka bermandi peluh dari berkipas. Sebenarnya berpeluh itu akan menyihatkan badan, Toksin  akan keluar apabila badan kita berpeluh insya Allah.

Pernah satu hari cu tidur di bawah kipas, apa lagi malam itu terus demam dan sakit-sakit badan. Arwah mak kata dah bedan sebab kena kipas.

Untuk meredakan demam dan sakit-sakit badan ini, cu minum milo panas dan minum air halia supaya berpeluh. Insya Allah selepas itu, demam akan reda sikit.

Nota: Kalau demam masih tak reda dalam masa 1 hari, pergilah ke Klinik ya.
:

Sakit Perut dan Cirit Birit Semasa Pantang Bersalin

Orang yang dalam pantang bersalin kena jaga makanan yang di makan, tak boleh makan makanan sejuk dan berangin. Kalau salah makan, boleh membuat seseorang itu sakit perut dan cirit birit. Cu pernah alami perkara ini, puncanya makan kuih talam beras semalam. Sakit perut itu memang sakit sungguh tak boleh nak cerita.

Bila kena begini, cu akan minum air halia banyak-banyak (sila rujuk cara membuat air halia di blog ini). Insya Allah sakit tersebut akan reda.

   

Ruam Bayi

Anak sulung cu telah melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Jun 2014. Jadi cu agak sibuk uruskan anak dan cucu tak sempat nak kemaskini blog. ini baru ada masa, alhamduillah kerja rumah dah settle dan cucu pun tengah tidur.

Sekarang ini musim panas. Walaupun pasang kipas, masih terasa bahang panas. Cucu cu kena ruam panas di tengkuk dan pelipat tangan. Apa lagi cu pun letak bedak muntah belut (macam bedak sejuk tapi bentuk bulat macam duit 50 sen). Bedak ini boleh didapati di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Sekarang harganya mahal juga iaitu 1 biji harga 50 sen.

Alhamduillah dah berkurangan ruam nya. Caranya adalah:
  • ambil separuh bedak muntah belut dan letakkan dalam bekas,
  • tambahkan sedikit air dan bancuh,
  • sapu pada ruam selepas mandi atau bila-bila masa pun boleh.
Peringatan: Jika ruam tersebut berisi air, sila bawa bayi berjumpa dengan doktor.


Wednesday, May 28, 2014

Mengoreng Ikan

Apabila mengoreng ikan, kadang-kadang ikan akan melekat pada kuali kan. Untuk mengelak perkara ini berlaku, cubalah petua ini iaitu:

  • Letak minyak pada  kuali yang kering,
  • bila minyak telah panas masukkan asam keping atau setengah sudu garam ke dalam minyak tadi,
  • bolehlah masukkan ikan yang telah dicampurkan dengan garam dan serbuk kunyit.  


Monday, May 26, 2014

Masa Untuk Ke Hospital - Bersalin

Cu dah lama tak kemaskini blog ini. Maklumlah bulan lepas bercuti di Ho Chi Min bersama rakan-rakan, anak dan kakak. Lepas itu pulak tidak sihat dan sibuk pulak dengan persiapan barang untuk kelahiran cucu sulung.

Kali ini cu ingin berkongsi pengalaman mengenai tanda-tanda untuk bersalin. Tanda-tanda untuk bersalin yang cu pernah alami ialah:

  • keluar darah,
  • air tetuban pecah,
  • contraction-sakit perut macam datang haid ,  
  • rasa nak buang air besar tetapi bila masuk tandas tidak jadi pun.
Bila kandungan sedah masuk 36 minggu, perut akan mula mengeras dan ari-ari rasa sakit. Nasihat cu ketika ini, bila lapar makan sikit-sikt tetapi selalu kerana usus kita dah sempit untuk tampung makanan di sebabkan bayi dah membesar. Ari-ari rasa sakit adalah persediaan pembukaan tulang punggung untuk bersalin. Pada masa ini cu nasihatkan banyaklah berjalan supaya bayi senang turun ke bawah dan senang bersalin insyallah.

Sekarang cu hendak bercerita pasal tanda-tanda tersebut. Sebelum kelahiran anak sulung cu, arwah mak ada menegur yang kaki cu dah mula sembat (kaki nampak macm bengkak). Itu salah satu tanda anak dah turun ke bawah. Keesokan harinya tutunlah tanda darah, cu terus ke Hospital Pusrawi di Jalan Ipoh. Pada.masa tu, contraction cuma datang 2 jam sekali aje. Selalunya anak sulung akan mengambil masa lebih kurang sehari sebab laluan untuk bersalin masih dalam proses untuk di beri laluan. Cu bersalin keesokan paginya dalam pukul 10.30 pagi. 

Anak ketiga pulak, cu mengalami contraction setiap 20 minit dan bila di bilik bersalin, air tetuban pecah. Bila air tetuban pecah, laluan bayi keluar seperti ada pelicin. Jadi senang sikit bila dah push bayi.

Sementara anak yang keenam pulak, cu mengalami contraction setiap 1 jam dan asik masuk keluar bilik air sebab rasa nak buang air besar. Bila keluar tanda darah barulah cu pergi ke hospital. Alhamduillah kesemua anak-anak cu lahir secara normal. Syukur sangat-sangat.

Sakit nak bersalin sama saje untuk semua keadaan. Banyakkan berdoa dan berzikir.



\

Wednesday, April 2, 2014

Cara Tidur Untuk Wanita Yang Hamil

Bila anak komplen susah nak tidur bila kandungan sudah masuk 6 bulan, teringat nak tulis kat blog ini untuk pengetahuan semua wanita yang hamil.

Posisi yang baik untuk mendapat tidur yang lena ialah dengan mengiring sebelah kanan. Letakkan bantai kecil di bawah perut. Kalau bayi bergerak pun insyallah tak terjaga. Kedudukan kaki pulak kaki kanan tegak dan kaki kiri dibengkukkan.

Sebelum tidur baca doa sebelum tidur. Lepas itu berzikir sehingga lena.


Peringatan: Jangan tidur terlentang apabila wanita telah hamil 5 bulan ke atas.

Monday, March 31, 2014

Angin

Selepas solat asar terasa pening kepala dan rasa nak muntah. Cu dah tahu ini mesti banyak angin dalam perut sebab lambat makan tengahari tadi. Cu pun lumurkan minyak cap kapak ke dahi dan belakang leher.


Apa lagi cu pun masak air halia resepi arwah mak iaitu:
  • tumbuh halia tua sebesar ibu jari, tak payah sampai lumat
  • masukkan halia tadi ke dalam periuk
  • masukkan lada hitam 4 biji 
  • masukkan 4 gelas air
  • masak sehingga mendidih.
  • sedap di minum semasa panas-panas suam 










Alhamduillah selepas minum air halia ini 3 gelas, mulalah sedawa dan pening kepala pun sembuh dengan pertolongan Allah. Boleh juga minum air halia ini ketika dalam pantang untuk membuang angin. Selamat mencuba.


  

Sunday, March 30, 2014

Menghilang Hanyir Ikan

Ikan yang telah disiang hendaklah di basuh dengan membersih darah di celah-celah tulang dan kepala ikan sehingga putih. Kemudian gaulkan ikan tadi dengan garam kasar/ halus berserta asam jawa, Biarkan ikan tersebut selama 1 minit. Lepas ituikan di basuh dan siap untuk di masak.


Thursday, March 27, 2014

Bermusafir

Setiap kali cu dan keluarga hendak bercuti samada di dalam negeri atau di luar negara, cu akan pastikan akan bawa senaskah Al-Quran dan buku Yassin bersama.




Al-Quran akan di simpan di dalam beg besar dan buku Yassin di dalam beg sandang. Sebaik aje masuk kenderaan tak kiralah naik kereta, bas, keretapi atau kapalterbang, cu akan pakai tali pinggang terlebih dahulu, kemudian baca doa :

  • ayat kursi,
  • doa naik kenderaan,
  • baca yassin
  • berzikir
Apabila telah sampai ke destinasi, bersyukur kerana telah selamat sampai. Kemudian di tempat penginapan, sebelum tidur bacalah surah Yassin atau surah Al-Mulk. 

Cu selalu berdoa agar percutian ini mendapat keberkatan, rahmat dan keredaan Allah serta Allah mempermudahkan segala-gala untuk kami. Bila kita bercuti niat lah untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah di negeri orang dan memahami masyarakat Islam di sana. Singgah juga di masjid untuk bersolat berjemaah 

Tuesday, March 25, 2014

Cara Membasuh Sayur-sayuran



Sekarang zaman teknologi, sayur-sayuran pun di basuh dengan cecair sayuran untuk kelihatan segar dan macam-macam lagi.

Pada masa Cu kecil, sayuran yang telah di potong direndam di dalam air garam aje. Caranya:

  • Letakkan sayuran dalam besen,
  • Bubuh air dan satu sudu kecil garam ke dalam besen yang berisi sayuran,
  • Ulat sayur dan pasir akan mendap ke bawah besen, 
  • Tapis sayuran tersebut sambil berselawat
  • Insyallah sayuran tersebut bersih dan boleh mula menumis sayuran.

Cara Membasuh Daging/Ayam

Cu teringat semasa kecil apabila menolong mak di dapur. Mak selalu berpesan apabila hendak membasuh daging atau ayam.

Daging dibasuh dengan air lalu sehingga tiada warna kemerahan pada air basuhan. Selepas itu rendam daging dengan tepung gandum selama 1 minit. Kemudian basuh balik daging tersebut. Daging akan kelihatan cerah dan sedia untuk di masak samada kari daging, daging masak kicap mengikut menu masing-masing.





Ayam hendaklah di buang kulit dan lendir sehingga bersih. Kemudian baru rendan dengan tepung gandum selama 1 minit. Basuh kembali ayam dan ayam pun telah sedia untuk di masak.


Oh ya bila sauh daging atau ayam, bacalah selawat nya. Sentiasa berzikir apabila kita memasak.

Monday, March 24, 2014

Hilangkan Tompok-tompok Hitam di Hidung

Petua dari arwah ibu cu , seorang ibu yang mendidik kesemua anak-anaknya dengan kasih sayang. Caranya ialah:

  • ambil putik jambu batu asli bukan kacukan 
  • asakkan jambu batu tersebut di belakang lesung batu (basuh dahulu belakang lesung batu tu) dengan sedikit air
  • ambil kulit jambu batu yang halus dari belakang lesung batu dan gosok di hidung sehingga kulit jambu batu itu berjatuhan dan kesat
  • selepas itu basuh muka.
Insyallah tompok-tompok hitam akan hilang sedikit demi sedikit dan kulit muka akan menjadi halus.



Thursday, March 20, 2014

Penyucian Hati

Pengajian ilmu dari program Tanyalah Ustaz- untuk menyucikan hati
  • Mengaji Al-Quran dan faham maknanya
  • Berzikir
  • Solat sunat sepertiga malam
  • Menghadir majlis ilmu
  • Berkawan dengan orang-orang alim