Ads

Pages

Language

Wednesday, September 25, 2013

Zikir Siti Fatimah

Amalkan zikir Subhanallah (33x), Alhamduillah(33x), Allahuakbar (33x) sebelum tidur. Rasulullah telah menyuruh anak kesayangan Siti Fatimah mengamalkan zikir ini ketika Fatimah minta seorang khadam dari Rasulullah untuk menolongnya mengisar gandum. Insyallah dengan berzikir akan menghilangkan kepenatan

  

Sunday, September 22, 2013

Kencing Manis

Cuba amalkan makan peria katak sebagai ulam dan makan buah delima.



Insyallah kedua-dua ini boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah. Jangan takut, peria katak tak lah pahit seperti peria yang jenis besar tu. Dulu cu tak suka makan peria katak tapi bila cuba makan di rumah kakak semasa hari raya hari itu, sedaplah pulak. Sekarang ini, dah menjadi makan harian cu.

Buah delima adalah buah kegemaran cu. Arwah mak memamg tanam buah delima di rumah dan sekarang cu pula tanam buah delima dalam pasu. Baru dapat  merasa satu biji aje. 

Sakit di Belikat

Punca sakit ini mungkin dari perkara berikut:
  • duduk terlalu lama ketika bekerja menggunakan komputer

  • mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah

  • urutan yang tidak betul
Cu selalu mengalami sakit di belikat semasa kerja dulu. Sebabnya cu seorang programer, sentiasa mengadap komputer. sekarang sakitnya datang kembali bila silap angkat barang di dapur, maklumlah bukan makin muda lagi.

Bila sakit ini datang, mula-mula cu akan sapukan minyak panas. Cu selalu gunakan balsam ini.Insyallah sakit tersebut akan berkurangan. 

  
Kalau masih terasa sakit, guna alternatif lain iaitu tampal koyok pulak. Koyok ini panas juga tapi boleh bertahan 8 jam. Haha teringat semasa kerja, kawan-kawan akan tahu bila kak eda sakit di belikat,. sebab boleh bau koyok tersebut. Masih teringat kawan-kawan kerja.

  
Lepas tampal koyok tak reda juga maknanya urat dah bengkak, kenalah jumpa doktor. Doktor akan beri pil  'muscle relax'. Pil ini mengantuk jadi jangan pandu kereta selepas makan pil ini. Bagi mereka yang ada gastrik, tolong beritahu doktor ya. Sebab pil ini ada kesan pada gastrik.  Minta pada doktor pil gastrik juga untuk di makan bersama pil 'muscle relax'

Jangan biarkan sakit ini berlarutan sebab sakitnya akan mudah merebak ke tengkuk. Kita hanya berusaha sesungguhnya Allah yang menyembuh segala penyakit. Jangan lupa berdoa ya. 

Friday, September 20, 2013

Doa

Amalkan doa ini. Amin   


Doa Nabi Sebelum Memberi Salam 

"Ya Allah, aku mohon berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajal.” (Hadis Riwayat Muslim)



Wednesday, September 18, 2013

Awet Muda

Amalan yang di dapati dari program Tanyalah Ustaz TV9 dan kuliah pengajaran di masjid:


  • sentiasa berwuduk.

  • solat tahajud dan witir pada pertengahan malam

  • bersangka baik 
Amalan ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan untuk mendapat keredhaan Allah. Sentiasa  ingat Allah. 

Bertenaga

Selepas mendengar rancangan Tanyalah Ustaz - Amalan Sunnahi, baru cu faham kenapa cu bertenaga setiap hari untuk menguruskan rumahtangga cu. Rupanya berkat dari minum madu dan makan khurma setiap pagi.Terima kasih Allah di atas ilmu ini.

Setiap manusia memerlukan tidur yang cukup (6 jam) untuk memulakan kerja harian. Berlainan dengan cu yang hanya tidur  4 - 5 jam sahaja sehari, malah kadang-kadang 3 jam sahaja. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan kita pening kepala dan badan rasa lemah. Cubalah amalkan amalan sunnah ini, insyallah akan lebih bertenaga untuk sehari.  

  • Setiap pagi minum satu sudu madu sebelum sarapan. Belilah madu dari negara Arab terutama dari Negara Yaman. Bila minum madu gunalah sudu plastik dan jangan letak madu di dalam peti sejuk.  
  • Makan khurma 3 biji sehari, Belilah khurma dari madinah.
  • Minum air zam-zam.