Ads

Pages

Language

Friday, September 7, 2012

Rengat

Rengat adalah sakit selepas melahirkan anak, selalunya selepas melahirkan anak kedua. Ianya disebabkan oleh pengecutan rahim kepada keadaan normal dan proses untuk mengeluarkan darah selepas melahirkan.

Cu mengalami sakit ini selepas melahirkan anak yang kedua. Bila sakit ini datang, cu akan meletakkan tapak tangan kanan ke perut dan berselawat. Sakit ini akan merasa lega, darah nifas mula keluar bersama-sama ketulan darah selepas bersalin. cu akan mengalami sakit ini selama sehari. Bagi mereka yang tidak sanggup menghadapi kesakitan ini, bolehlah ambil ubat tahan sakit daripada doktor.   

Wednesday, August 29, 2012

Sengugut

Permintaan dari teman baru cu. Harap pengalaman sakit sengugut cu dapat menolong beliau dan pembaca-pembaca blog ini. Amin.

Pada masa mula-mula datang haid, cu tidak mengalami sakit sengugut. Tetapi selepas setahun kemudian baru  cu merasai sakit sengugut. Tak dapat nak cerita bagaimana sakit nya, hanya sesiapa yang mengalaminya tahu betapa sakitnya. Sentiasa ingat kesakitan yang dialami maknanya Allah sayang pada kita.

Perkara ini yang selalu cu amalkan sebelum datang haid iaitu:
  • seminggu sebelum tarikh dijangka datang haid, elakkan makan makanan yang pedas,
  • elakkan juga minum air sejuk dan bergas seminggu sebelum dan semasa dalam haid, 
  • banyakkan minum air panas supaya darah haid dapat keluar dengan lancar, 
  • sapukan minyak panas pada perut dan pinggang.
Insyallah masalah sakit sengugut akan hilang. Mungkin akan ada sakit sengugut sikit tapi tidaklah sakit sangat sehingga kena makan ubat tahan sakit. Jangan amalkan ubat tahan sakit ya.

Selepas berkahwin dan melahirkan anak yang sulung, dengan izin Allah, sakit sengugut dah tidak ada lagi setiap kali datang haid. Mungkin sebab hormon badan dah stabil.

Wednesday, July 18, 2012

Amalan Malam

Tiap-tiap malam selepas solat maghrib, cuba amalkan Surah Al-Mulk, Surah Al-Waqiah dan mengaji Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak. Kalau di laksanakan selama 40 hari insyallah akan menjadi rutin setiap malam. Hati akan terasa tenang dan kita akan sentiasa mengingati Allah. Amin 

Monday, July 16, 2012

Gangguan

Seorang Ustaz yang cu kenali menyuruh cu sentiasa membaca surat Al-Mulk pada waktu pagi dan pada waktu malam tiap-tiap hari untuk mengelakkan sebarang gangguan insyallah. Hambanya berusaha, sesungguhnya Allah yang akan memberi pertolongan kepada hambanya .Amin. 

Thursday, July 5, 2012

Tips Untuk Bangun Malam

Tips ini yang cu amalkan untuk bangun malam bertahajud kepada Allah adalah seperti berikut:
  • Tidur awal iaitu pada pukul 10.00 malam,
  • Baca doa tidur,
  • Niat untuk bangun malam,
Insyallah Allah akan bangunkan kita untuk bertahajud.

Tuesday, July 3, 2012

Amalan Pagi

Cu ingin berkongsi amalan pagi yang selalu cu amalkan.  Setiap pagi selepas pukul 8.00 pagi cu akan menunaikan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Dhuha 4 rakaat. Selepas itu cu akan membaca Surah Yassin, Surah Al-Rahman  dan Surah Al-Mulk. Insyallah Allah akan memberi ketenangan kepada diri kita.


Semasa bekerja dulu, cu amalkan amalan ini juga kerana cu sampai ke pejabat awal iaitu pada pukul 7.00 pagi. Masih sempat untuk melaksanakan semuanya sebelum pukul 8.00 pagi insyallah. 

Monday, May 7, 2012

Merancang Perbelanjaan Bulanan

Cu ingin beritahu cara-cara cu merancang perbelanjaan bulanan semasa kerja dahulu. Cu mula bekerja pada tahun 1985. Setiap bulan cu akan mendapat gaji sebanyak RM 785. Pendapatan gaji ini kecil pada tahun itu tapi masih boleh simpan RM 200 sebulan.

Setiap kali dapat gaji, cu akan sediakan sampul surat seperti di bawah:
  • Duit untuk Ibubapa - RM50 seorang 
  • Sewa rumah - RM 70 sebulan 
  • Pengangkutan ke pejabat - RM 100
  • Harian (perbelanjaan makanan dan minuman) - RM 150
  • Misc - RM 150   
  • Simpanan - RM200
Setiap kali cu hendak beli makanan dan minuman, cu akan ambil duit dari sampul surat harian. Jika ada lebih duit pada bulan yang berikutnya, duit tersebut cu akan buat simpanan. Begitulah seterusnya tiap-tiap bulan. Insyallah dengan cara ini cu tidak akan berbelanja lebih dari yang di tetapkan.

Cu nasihatkan supaya asingkan duit untuk membayar hutang terlebih dahulu misalnya hutang kereta atau hutang kredit kad. Utamakan perkara yang perlu dibayar pada tiap-tiap bulan terlebih dahulu.
 

Sunday, May 6, 2012

Kencing Kotor

Semasa cu mengandung anak yang keempat, cu mengalami penyakit air kencing kotor. Doktor Pakar Sakit Puan memberi cu ubat air. Oleh kerana penyakit ini boleh membawa kesan kepada kandungan, cu mencari cara tradisional  untuk mengubatinya.

Nasib baik kawan baik cu telah menyuruh cu minum air janggut jagung. Janggut jagung yang kering boleh di kedai Sensen.

Cara membuat air janggut jagung seperti di bawah:
  • Basuh janggut jagung(100 gm) bersih-bersih,
  • Masak dengan 2 gelas air sehingga air tersebut tinggal secawan, 
  • Warna air janggut jagung itu pekat macam air teh.
  • Tapis air tersebut dan terus minun.
Insyallah penyakit air kencing kotor akan sembuh.



 
     

Saturday, April 28, 2012

Rahim Turun

Ramai wanita yang telah melhirkan anak akan mengalami situasi ini. Cu pun tidak terkecuali  juga.Semasa elahirkan anak yang keenam, cu mengalami perkara ini. Cu mendapat nasihat dari bidan kampung mengenai perkara ini.

Insyallah untuk menaikkan rahim adalah dengan seperti di bawah:


  • Ambil segenggam asam keping, sedikt garam kasar, 6 gelas air dan masak sehingga mendidih.
  • Setiap pagi ambil air rebusan ini, campurkan air paip (panas suam-suam) dan buat cebukan. ( air rebusan ini hendaklah dipanaskan dulu setiap kali hendak digunakan. 

 

Tuesday, April 24, 2012

Perut Buncit

Ramai wanita terasa tergugat apabila lepas bersalin, perut akan buncit. Cu terasa cuba banyak petua dalam hal ini seperti memakai girdle, makan jamu dan lain-lain.

Tetapi cara yang lebih berkesan adalah dengan berjalan sejauh 2 km setiap hari sambil berzikir. Inilah yang telah cu lakukan semasa menunaikan haji. Jarak hotel cu ke Masjidilharam adalah 1.2 km. Setiap hari cu dan suami berjalan sejauh 5 km. Di samping itu cu makan beras tanpa kanji di Mekah seperti beras Taj Mahal di Malaysia. Dalam masa seminggu berat badan turun dan perut pun tidak buncit lagi. Lemak-lemak di pinggul pun terbakar.

Sekarang cu dah turun sebanyak 9 kg dan masih lagi mengamalkan berjalan selama 2 km setiap hari dan makan beras Taj Mahal. Walaupun beras tersebut mahal tetapi cukup baik untuk kesihatan.

Cu cuma berusaha  tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.


Persediaan Menjadi Seorang Isteri

Sebelum cu menjadi seorang isteri pada 9 Februari, cu banyak membuat persediaan sendiri. Mula-mula cu banyak membaca buku agama mengenai:

  • Isteri/Suami yang soleh dan solehah,
  • Mandi junub,
  • Isteri-isteri Rasulullah,
  • Peranan seorang isteri,
  • dan banyak lagi. 
Cu juga belajar memasak lauk-pauh dan kuih-muih tradisional dari arwah emak. Cu telah mula memasak untuk arwah ibubapa selepas kematian kakak cu yang amat cu sayangi. Dia banyak mengajar cu cara-cara membuat biskut dan kek.

Selain daripada itu,cu menjaga makanan iaitu: 
  • tidak makan makanan yang berminyak,
  • tidak makan makanan yang berangin,
  • banyak makan buah-buahan,
  • banyak makan sayur-sayuran.


  

Thursday, April 5, 2012

Memandu Kereta

Setiap kali cu memandu kereta, cu akan sentiasa mengamalkan perkara di bawah:

  • Baca Bismillallah,
  • Ayat Kursi,
  • Doa naik kenderaan,
  • Berdoa supaya Allah lindungi pemandudan penumpang, selamat pergi dan balik dan lapangkan perjalanan,
  • Berzikir.  
Lagi satu bukalah radio Ekim, banyak ilmu agama yang boleh di dapati.  

Tuesday, April 3, 2012

Tidur Yang Lena

Sebelum cu hendak tidur pada waktu malam,cu selalu bersihkan diri dengan bersugi dan memakai wangian. Lagi satu amalan ialah berwuduk sebelum tidur. Sebelum tidur juga cu amalkan perkara-perkara di bawah:
  • minum air kosong segelas,
  • sambil mengadap qiblat, membaca surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas dan dihembuskan ke tangan dan sapu ke seluruh anggota badan,
  • Membaca Ayatul Kursi dan Bismillah 21 kali,
  • Berzikir sebanyak 33 kali SubhanaAllah, Alhamduillah dan AllahhuAkbar, 
  • Membaca doa tidur.

Insyallah cu dapat tidur dengan lena. Bila bangun dari tidur, baca doa bangun tidur dan minum segelas air kosong.  Insyallah badan akan merasa segar untuk melaksanakan kerja pejabat atau kerja rumah.
                                           

Mata Cerah

Terdapat 2 cara untuk mencerahkan mata iaitu:
  • Letakkan 2 potong timun (yang telah dipotong nipis) di mata, biarkan selama 30 minit. Boleh di lakukan bila-bila masa.  

  • Ambil kapas yang selalu digunakan untuk membersihkan muka. Titikkan air mawar (warna putih) Mustika Ratu ke atas kapas tersebut dan letakkan kapas tersebut di mata. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyallah mata akan rasa cerah bila bangun dari tidur.  

Sunday, February 26, 2012

Menopause

Setiap wanita akan mengalami situasi ini apabila berada pada umur 45 tahun ke atas. Tanda-tanda bagi menopause bagi setiap wanita adalah berbeza:
  • Darah haid keluar banyak sehingga 15 hari
  • Tidak datang haid 2 atau 3 bulan. Selepas itu darah haid keluar dengan banyak.
  • Badan sentiasa berpeluh dan panas.
  • Tidak boleh tidur 
  • Perasaan mudah tersinggung walaupun di atas perkara yang kecil sahaja.
  • Kulit terasa kering
  • Selera makan meningkat.
Tanda-tanda di atas adalah sebahagian saja tanda menopause. Setiap wanita takut kalau menopause melanda diri kerana takut tidak dapat melayan suami seperti biasa dan takut badan akan berisi.

Menopause adalah kitaran hidup seorang wanita yang telah di tentukan oleh Allah. Jadi setiap wanita mesti menerimanya dengan rela hati. 

Cu nasihatkan supaya setiap wanita yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas agar berjumpa dengan Doktor Pakar Sakit Puan untuk mengesahan. Doktor akan mengambil ujian darah untuk pengesahan. Lagi satu cara adalah scan perut dan lihat samada rahim telah mengecil. Kalau rahim telah mengecil, itu adalah menunjukkan seorang wanita telah menopause.

Doktor Pakar Sakit Puan akan menyuruh seorang wanita yang telah menopause untuk memakan vitamin seperti di bawah:
  1. Multivitamin
  2. Kalsium untuk tulang
  3. Vitamin E 200IU untuk mengelakkan kulit kering
  4. Vitamin C 500mg 
  5. HabatulSauda Gel
  6. Primrose
Selain daripada itu perbanyakkan ibadat kepada Allah dengan solat sunat, membaca Al-Quran  dan berpuasa sunat. Insyallah kita tidak akan rasa simpton rasa panas, berpeluh dan tidak dapat tidur pada waktu malam. Sentiasalah berdoa agar Allah beri kita sihat selalu.  


      

Friday, February 24, 2012

Turunkan Berat Badan

Selepas balik dari Haji, berat badan cu turun sebanyak 9 kg kerana di Tanah Suci banyak berjalan dan makan beras tanpa kanji. Selepas sebulan, berat badan naik balik 4 kg kerana makan banyak semasa bercuti di Kuala Terengganu. Anak yang bongsu asik makan aje sejak cu jadi surirumah sepenuh masa . Cu dan suami ambil keputusan untuk beli beras Taj Mahal aje, beras yang kurang kanji. Walaupun mahal tapi elok untuk kesihatan.

Alhamduillah setelah sebulan makan beras Taj Mahal, dengan exercise setiap 3 kali seminggu dan sauna 1 kali seminggu, sekarang berat badan cu telah turun 2 kg.   

Sakit Mata

Hari Sabtu lepas, mata cu rasa sakit dan asik berair aje. Malas nak g klinik lalu cu letak celak bawah kelopak mata dan atas kelopak mata. Kenalah berdoa agar Allah sembuhkan. Alhamduillah dalam masa 3 hari sakit mata  pun dah sembuh. Terima kasih Allah.

Thursday, February 23, 2012

Tenaga Ketika Bersalin

Apabila telah ada tanda-tanda untuk bersalin, cu akan makan kuning telur dengan secawan milo sebelum ke hospital. Lebih baik lagi kalau makan telur ayam kampung di campurkan dengan sesudu madu. Insyallah akan ada tenaga untuk melahirkan anak.

Semasa di bilik bersalin, cu akan bawa buah khurma dan minyak selusuh (mak buat sendiri dari kelapa muda) oleh mak ke dalam bilik bersalin. Bila terasa sakit aje, sapukan minyak selusoh ke pinggang dan perut Insyallah sakit pinggang  dan sakit 5 minit akan reda sekejap. Mulut pula sentiasa membaca doa Nabi Yunus dalam perut ikan Nun.





لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" 

Sunday, February 12, 2012

Bintik-bintik Merah di Badan

Bintik-bintik merah akan timbul di badan disebabkan alahan makanan atau cuaca panas. Kadang-kadang badan akan merasa gatal, bolehlah sapukan bedak sejuk atau bedak muntah belut ( boleh dibeli di Pasar Payang, Kuala Terengganu di tingkat bawah). Insyallah bintik-bintik dan gatal-gatal akan hilang.  

Saturday, February 11, 2012

Kasih Sayang

Pernah dengar orang-orang tua bercakap: "Bila dah kahwin, masaklah untuk suami dan anak-anak.Insyallah air tangan seorang isteri dan ibu mengeratkan kasih sayang keluarga"

Nasihat cu, apabila telah berumahtangga, masaklah untuk keluarga walaupun goreng telur saja. Apabila mula memasak, bacalah 'Bismillahirrahmannirrahim" dan dikuti dengan zikir.

Apabila kita memasak untuk keluarga, suami dan anak-anak akan sentiasa rindu masakan kita.  Dan lagi sentiasalah ingat apa masakan kegemaran suami dan anak-anak.


Tuesday, February 7, 2012

Kulit Kering

Semasa menunaikan haji pada tahun 2011, keadaan cuaca di Mekah dan Madinah adalah panas dan kering. Kulit cu memang terasa kering. Ramai orang yang menggunakan lotion berbagai jenama tetapi cu menggunakan minyak zaitun. Tak kiralah minyak zaitun yang asli atau yang telah dicampurkan dengan wangian. Setiap hari, sapulah minyak zaitun ke seluruh anggota badan termasuk muka. Insyallah kulit akan terasa lembab. Setelah balik ke tanahair, cu masih lagi mengamalkannya

Wednesday, January 11, 2012

Sakit pinggang

Sakit pinggang akan datang apabila kita berada di dalam situasi yang dibawah:

  • berdiri terlalu lama
  • mencangkuk terlalu lama (terutama sekali yang sudah beranak lebih dari 2 orang)
  • duduk terlalu lama
  • terlalu penat
  • berjalan 
Bila berkeadaan begini, cu selalu sapu minyak panas pada pinggang dan baring selama setengah jam. Insyallah  sakit pinggang akan reda.

  

Monday, January 9, 2012

Bibir Kering

Sapukan bibir yang kering dengan minyak zaitun, insyallah bibir yang kering akan menjadi lembab kembali. Selamat mencuba.