Ads

Pages

Language

Sunday, October 17, 2010

Amalan Ketika Mengandung

Apabila seorang isteri telah disahkan mengandung oleh doktor, ada beberapa amalan yang perlu di lakukan untuk mendapat anak yang mendengar kata, sihat, cantik, putih dan macam-macam lagi yang selalu di impikan oleh ibubapa.

Pada permulaan mengandung doktor akan beri vitamin kepada si ibu untuk pembentukkan bayi di dalam rahim dan untuk menguatkan rahim ibu. Vitamin yang diberi oleh doktor hendaklah sentiasa dimakan.Ada setengah ibu tidak hendak makan vitamin kerana takut bayi besar. Sebenarnya memakan vitamin tersebut tidak akan membuat bayi besar tetapi cara pemakanan ibu yang akan membuat bayi besar.Perkara ini telah saya ujikan pada diri saya sendiri.

Saya adalah jenis ibu yang tidak pernah tinggal mengambil vitamin yang diberi oleh doktor untuk tumbesaran bayi dan kesihatan sendiri. Kelima-lima anak-anak saya alhamduillah sihat walafiat dan berat masing-masing adalah antara 2.7 kg hingga 3.3 kg. Cuma anak yang keenam besar sikit dari yang lain, beratnya adalah 3.63 kg. Ini kerana ketika mengandungkan anak keenam, setiap 2 jam saya akan berasa lapar dan sentiasa makan. Kawan-kawan pun rasa pelik. Memang saya kuat makan ketika itu. Jadi sentiasalah mengambil vitamin yang disarankan oleh doktor pakar bidan mengikut ketetapan jadualnya.

Amalan yang selalu saya amalkan ketika mengandung adalah jaga solat fardhu,mengaji al-quran, sentiasa wirid, jaga akhlak, laksanakan solat sunat, jaga makan yang dimakan  dan tidak minum air yang berais. Ketika mengandung, saya akan mengatam al-quran sebanyak 3 kali dalam tempoh mengandung iaitu setiap 3 bulan saya akan hatam al-quran. Jikalau tak mampu, cumalah hatam sekali dalam tempoh mengandung itu atau amalkan Surah Yusuf, Surah Luqman dan Surah Mariam dalam tempoh tersebut. Insyallah anak-anak akan hormat dan menurut nasihat kita.

Lagi satu ibu juga kena kuatkan semangat ketika mengandung. Memang ibu akan berasa penat ketika mengandung, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa sihat. Doa seorang ibu yang mengandung sentiasa di dengar oleh Allah s.w.t. terutama ketika saat nak melahirkan. Doalah ketika itu insyallah Allah akan kabulkan.

Ini pengalaman saya ketika melahirkan anak yang sulung. Saya masuk hospital pada waktu tengahari tetapi tidak bersalin pada hari itu. Pada keesokan hari dalam pukul 9.00 pagi baru masuk bilik bersalin. Apabila doktor periksa baru buka 4 cm dan doktor beritahu insyallah akan bersalin pada waktu petang. Bayangkan ketika itu telah ada sakit bersalin yang datang setiap 10 minit, hati bercakap dapatke push anak ini kalau bersalin petang. Lalu saya berdoa kepada Allah agar saya akan melahirkan anak ini pada pagi ini juga. Tidak lama selepas tu pada pukul 10.30 pagi, saya telah selamat melahirkan anak secara normal. Saya sungguh bersyukur kepada Allah. Ada doa yang perlu kita amalkan ketika sakit hendak bersalin iaitu doa nabi nuh dalam perut ikan paus.Amalkanlah ketika sedang sakit bersalin dan ajarkan juga pada sibapa.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30 



No comments:

Post a Comment