Ads

Pages

Language

Sunday, February 26, 2012

Menopause

Setiap wanita akan mengalami situasi ini apabila berada pada umur 45 tahun ke atas. Tanda-tanda bagi menopause bagi setiap wanita adalah berbeza:
  • Darah haid keluar banyak sehingga 15 hari
  • Tidak datang haid 2 atau 3 bulan. Selepas itu darah haid keluar dengan banyak.
  • Badan sentiasa berpeluh dan panas.
  • Tidak boleh tidur 
  • Perasaan mudah tersinggung walaupun di atas perkara yang kecil sahaja.
  • Kulit terasa kering
  • Selera makan meningkat.
Tanda-tanda di atas adalah sebahagian saja tanda menopause. Setiap wanita takut kalau menopause melanda diri kerana takut tidak dapat melayan suami seperti biasa dan takut badan akan berisi.

Menopause adalah kitaran hidup seorang wanita yang telah di tentukan oleh Allah. Jadi setiap wanita mesti menerimanya dengan rela hati. 

Cu nasihatkan supaya setiap wanita yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas agar berjumpa dengan Doktor Pakar Sakit Puan untuk mengesahan. Doktor akan mengambil ujian darah untuk pengesahan. Lagi satu cara adalah scan perut dan lihat samada rahim telah mengecil. Kalau rahim telah mengecil, itu adalah menunjukkan seorang wanita telah menopause.

Doktor Pakar Sakit Puan akan menyuruh seorang wanita yang telah menopause untuk memakan vitamin seperti di bawah:
  1. Multivitamin
  2. Kalsium untuk tulang
  3. Vitamin E 200IU untuk mengelakkan kulit kering
  4. Vitamin C 500mg 
  5. HabatulSauda Gel
  6. Primrose
Selain daripada itu perbanyakkan ibadat kepada Allah dengan solat sunat, membaca Al-Quran  dan berpuasa sunat. Insyallah kita tidak akan rasa simpton rasa panas, berpeluh dan tidak dapat tidur pada waktu malam. Sentiasalah berdoa agar Allah beri kita sihat selalu.  


      

Friday, February 24, 2012

Turunkan Berat Badan

Selepas balik dari Haji, berat badan cu turun sebanyak 9 kg kerana di Tanah Suci banyak berjalan dan makan beras tanpa kanji. Selepas sebulan, berat badan naik balik 4 kg kerana makan banyak semasa bercuti di Kuala Terengganu. Anak yang bongsu asik makan aje sejak cu jadi surirumah sepenuh masa . Cu dan suami ambil keputusan untuk beli beras Taj Mahal aje, beras yang kurang kanji. Walaupun mahal tapi elok untuk kesihatan.

Alhamduillah setelah sebulan makan beras Taj Mahal, dengan exercise setiap 3 kali seminggu dan sauna 1 kali seminggu, sekarang berat badan cu telah turun 2 kg.   

Sakit Mata

Hari Sabtu lepas, mata cu rasa sakit dan asik berair aje. Malas nak g klinik lalu cu letak celak bawah kelopak mata dan atas kelopak mata. Kenalah berdoa agar Allah sembuhkan. Alhamduillah dalam masa 3 hari sakit mata  pun dah sembuh. Terima kasih Allah.

Thursday, February 23, 2012

Tenaga Ketika Bersalin

Apabila telah ada tanda-tanda untuk bersalin, cu akan makan kuning telur dengan secawan milo sebelum ke hospital. Lebih baik lagi kalau makan telur ayam kampung di campurkan dengan sesudu madu. Insyallah akan ada tenaga untuk melahirkan anak.

Semasa di bilik bersalin, cu akan bawa buah khurma dan minyak selusuh (mak buat sendiri dari kelapa muda) oleh mak ke dalam bilik bersalin. Bila terasa sakit aje, sapukan minyak selusoh ke pinggang dan perut Insyallah sakit pinggang  dan sakit 5 minit akan reda sekejap. Mulut pula sentiasa membaca doa Nabi Yunus dalam perut ikan Nun.





لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" 

Sunday, February 12, 2012

Bintik-bintik Merah di Badan

Bintik-bintik merah akan timbul di badan disebabkan alahan makanan atau cuaca panas. Kadang-kadang badan akan merasa gatal, bolehlah sapukan bedak sejuk atau bedak muntah belut ( boleh dibeli di Pasar Payang, Kuala Terengganu di tingkat bawah). Insyallah bintik-bintik dan gatal-gatal akan hilang.  

Saturday, February 11, 2012

Kasih Sayang

Pernah dengar orang-orang tua bercakap: "Bila dah kahwin, masaklah untuk suami dan anak-anak.Insyallah air tangan seorang isteri dan ibu mengeratkan kasih sayang keluarga"

Nasihat cu, apabila telah berumahtangga, masaklah untuk keluarga walaupun goreng telur saja. Apabila mula memasak, bacalah 'Bismillahirrahmannirrahim" dan dikuti dengan zikir.

Apabila kita memasak untuk keluarga, suami dan anak-anak akan sentiasa rindu masakan kita.  Dan lagi sentiasalah ingat apa masakan kegemaran suami dan anak-anak.


Tuesday, February 7, 2012

Kulit Kering

Semasa menunaikan haji pada tahun 2011, keadaan cuaca di Mekah dan Madinah adalah panas dan kering. Kulit cu memang terasa kering. Ramai orang yang menggunakan lotion berbagai jenama tetapi cu menggunakan minyak zaitun. Tak kiralah minyak zaitun yang asli atau yang telah dicampurkan dengan wangian. Setiap hari, sapulah minyak zaitun ke seluruh anggota badan termasuk muka. Insyallah kulit akan terasa lembab. Setelah balik ke tanahair, cu masih lagi mengamalkannya