Ads

Pages

Language

Wednesday, October 9, 2013

Surah Al-Mulk

Ilmu dari pengajian Aqidah di masjid mengenai Surah Al- Mulk:

  • surah keamanan dan keselamatan,
  • menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya, dibaca secara istiqamah




Jom kita jadikan amalan kita membaca Surah Al-Mulk selepas solat Subuh dan solat Maghrib. Amin

Wednesday, September 25, 2013

Zikir Siti Fatimah

Amalkan zikir Subhanallah (33x), Alhamduillah(33x), Allahuakbar (33x) sebelum tidur. Rasulullah telah menyuruh anak kesayangan Siti Fatimah mengamalkan zikir ini ketika Fatimah minta seorang khadam dari Rasulullah untuk menolongnya mengisar gandum. Insyallah dengan berzikir akan menghilangkan kepenatan

  

Sunday, September 22, 2013

Kencing Manis

Cuba amalkan makan peria katak sebagai ulam dan makan buah delima.



Insyallah kedua-dua ini boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah. Jangan takut, peria katak tak lah pahit seperti peria yang jenis besar tu. Dulu cu tak suka makan peria katak tapi bila cuba makan di rumah kakak semasa hari raya hari itu, sedaplah pulak. Sekarang ini, dah menjadi makan harian cu.

Buah delima adalah buah kegemaran cu. Arwah mak memamg tanam buah delima di rumah dan sekarang cu pula tanam buah delima dalam pasu. Baru dapat  merasa satu biji aje. 

Sakit di Belikat

Punca sakit ini mungkin dari perkara berikut:
  • duduk terlalu lama ketika bekerja menggunakan komputer

  • mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah

  • urutan yang tidak betul
Cu selalu mengalami sakit di belikat semasa kerja dulu. Sebabnya cu seorang programer, sentiasa mengadap komputer. sekarang sakitnya datang kembali bila silap angkat barang di dapur, maklumlah bukan makin muda lagi.

Bila sakit ini datang, mula-mula cu akan sapukan minyak panas. Cu selalu gunakan balsam ini.Insyallah sakit tersebut akan berkurangan. 

  
Kalau masih terasa sakit, guna alternatif lain iaitu tampal koyok pulak. Koyok ini panas juga tapi boleh bertahan 8 jam. Haha teringat semasa kerja, kawan-kawan akan tahu bila kak eda sakit di belikat,. sebab boleh bau koyok tersebut. Masih teringat kawan-kawan kerja.

  
Lepas tampal koyok tak reda juga maknanya urat dah bengkak, kenalah jumpa doktor. Doktor akan beri pil  'muscle relax'. Pil ini mengantuk jadi jangan pandu kereta selepas makan pil ini. Bagi mereka yang ada gastrik, tolong beritahu doktor ya. Sebab pil ini ada kesan pada gastrik.  Minta pada doktor pil gastrik juga untuk di makan bersama pil 'muscle relax'

Jangan biarkan sakit ini berlarutan sebab sakitnya akan mudah merebak ke tengkuk. Kita hanya berusaha sesungguhnya Allah yang menyembuh segala penyakit. Jangan lupa berdoa ya. 

Friday, September 20, 2013

Doa

Amalkan doa ini. Amin   


Doa Nabi Sebelum Memberi Salam 

"Ya Allah, aku mohon berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajal.” (Hadis Riwayat Muslim)



Wednesday, September 18, 2013

Awet Muda

Amalan yang di dapati dari program Tanyalah Ustaz TV9 dan kuliah pengajaran di masjid:


  • sentiasa berwuduk.

  • solat tahajud dan witir pada pertengahan malam

  • bersangka baik 
Amalan ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan untuk mendapat keredhaan Allah. Sentiasa  ingat Allah. 

Bertenaga

Selepas mendengar rancangan Tanyalah Ustaz - Amalan Sunnahi, baru cu faham kenapa cu bertenaga setiap hari untuk menguruskan rumahtangga cu. Rupanya berkat dari minum madu dan makan khurma setiap pagi.Terima kasih Allah di atas ilmu ini.

Setiap manusia memerlukan tidur yang cukup (6 jam) untuk memulakan kerja harian. Berlainan dengan cu yang hanya tidur  4 - 5 jam sahaja sehari, malah kadang-kadang 3 jam sahaja. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan kita pening kepala dan badan rasa lemah. Cubalah amalkan amalan sunnah ini, insyallah akan lebih bertenaga untuk sehari.  

  • Setiap pagi minum satu sudu madu sebelum sarapan. Belilah madu dari negara Arab terutama dari Negara Yaman. Bila minum madu gunalah sudu plastik dan jangan letak madu di dalam peti sejuk.  
  • Makan khurma 3 biji sehari, Belilah khurma dari madinah.
  • Minum air zam-zam.



 

Sunday, June 23, 2013

Senak Perut

Campurkan satu sudu  madu dengan satu cawan air suam. Kacau dan berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan sakit - amalan dari kelas pengajian.


  


Saturday, June 22, 2013

Penyakit Resdung

Dah lama tak mengemaskini blog ini. Semasa pengajian di masjid, ustaz ada mengatakan bahawa salah satu cara menghindar penyakit resdung adalah ketika berwuduk iaitu:

- Sunnah Rasulullah memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan air di dalam hidung.


Thursday, March 7, 2013

Doa Mohon Kecintaan Allah

Amalkanlah doa ini setiap lepas solat -doa dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dalam salah satu rancangan TV9 Nasi Lemak Kopi-O CintaMu. Mohom perkongsian untuk semua umat Islam ya Ustaz.

"Ya Allah  ya Tuhanku, aku memohon kepada Mu akan kecintaan Mu dan kecintaan orang yang mencintai Mu dan kecintaan amalan yang membawaku dekat kepada kecintaan Mu" Amin



Sakit Tekak

Sejak kecil lagi bila cu dan adik-beradik kena sakit tekak, arwah mak akan buat nasi rendam. cara membuat nasi rendam adalah seperti di bawah:
  • satu sudu besar nasi dan masukkan dalam gelas,
  • masukkan air ke dalam gelas sehingga penuh,
  • tutupkan gelas itu dan biarkan semalam,
  • esok pagi selepas bangun tidur, minum air nasi rendam tersebut, jangan lupa baca Bismillah dan berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit kita. Amin

Selain dari itu ada juga yang minum air assam jawa .




Atau bancuh madu, air bersama limau nipis untuk melegakan sakit tekak. Ikutlah mana yang serasi dengan kita.





Tuesday, January 29, 2013

Demam Campak

Demam campak insyallah  boleh diubat dengan cara:

1.  Cara medical.

     Doktor akan memberi ubat deman dan ubat sapu.

2.  Cara tradisional.

     Ubat demam hendaklah dimakan untuk meredakan panas badan.  Apabila kelihatan campak
     telah  turun ke tapak tangan, barulah boleh mandi. Cara mandi adalah dengan mengambil
     segengam daun bambu dan letakkan di dalam baldi yang berisi air  suam.
 
     Selepas mandi, bancuhkan bedak muntah belut yang di campurkan daun bambuyang telah
     di tumbuh halus. bersama air. Sapukan  di seluruh badan. Campuran tadi insyallah akan
     mengurangkan rasa gatal-gatal dan menghilangkan parut.
 
     Bila hendak tidur, lapikkan dengan kain batik lepas untuk menghilang rasa panas dan
     gatal-gatal . 
 
Kita berusaha, sesungguhnya Allah yang menyembuhkan sesuatu penyakit. Amin.   
 
Bedak Muntah Belut boleh di beli di pasar paying Kuala Terengganu. Harga sebiji 50 sen.
 
      
 
Daun bambu boleh didapati di bahu jalan kawasan perumahan.
 
      

Wednesday, January 23, 2013

Hubungan Intim

Selepas hubungan intim, bersihkan diri dan mengambil wuduk (selepas 20 minit) sebelum tidur kembali. Dan apabila bangun pada waktu pagi,hendaklah mandi wajib terlebih dahulu sebelum menyediakan sarapan untuk keluarga.