Ads

Pages

Language

Saturday, November 6, 2010

Pantang Selepas Bersalin

Ibu-ibu zaman moden jarang berpantang selama 44 hari, kenapa ya. Mereka akan rasa gelisah bila duduk rumah selama 44 hari malah ada yang berpantang cuma 30 hari aje. Hati sentiasa rasa nak keluar untuk pergi membeli-belah atau tengok wayang. Badan akan rasa sihat selepas seminggu bersalin tetapi tahukah bagaimana rasanya bila telah berumur 40 tahun.???

Sepatutnya ibu-ibu hendaklah menjaga badan pada waktu pantang iaitu selama 44 hari supaya ibu-ibu masih lagi merasa sihat dan segar apabila umur telah mencapai 40 tahun ke atas, insyallah. Semasa itu, macam -macam sakit akan datang seperti sakit lutut dan badan rasa lesu.

Semasa berpantang, ibu-ibu patut amalkan perkara yang berikut:
  • Pagi,petang dan malam - makan nasi dengan serunding ayam/daging berserta lada hitam tumbuh (untuk membuang angin). 
  • Minum air halia atau air akar kayu (untuk mengecutkan rahim) bila terasa dahaga. Jangan minum banyak air putih kerana ini akan menyebabkan rahim menjadi kembang dan keputihan selepas pantang. 
  • Bertungku pagi dan petang untuk mengempiskan perut dan mengecutkan rahim.
  • Berurut 3 hari berturut-turut pada permulaan bersalin dan selepas pantang    
  • Makan jamu bersalin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Sentiasa minum air gamat pada waktu pagi satu sudu teh untuk mengubat luka di dalam rahim dan luka jahitan.
  • Sentiasa berbengkung untuk mengempiskan perut dan membuang angin. 
  • Sentiasa berstokin dan berselipar supaya angin tidak masuk melalui tapak kaki.
  • Mandi pagi dan petang dengan air rebusan daun mengkudu dan serai wangi selama 3 hari atau seminggu. 
  • Kalau masih lapar, makanlah biskut cream carckers bersama minuman koko panas/milo panas. 
  • Jangan duduk di dalam bilik berhawa dingin atau memasang kipas ketika dalam pantang. Badan yang sihat adalah yang banyak berpeluh.
  • Sayur-sayuran yang boleh dimakan adalah sawi, ulam pegaga, pucuk mengkudu(direbus), kuchai, khasiat sayur-sayuran ini adalah panas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30  







Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 85
Sabah & Sarawak: RM 95

Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM7.00 

No comments:

Post a Comment