Ads

Pages

Language

Thursday, March 7, 2013

Doa Mohon Kecintaan Allah

Amalkanlah doa ini setiap lepas solat -doa dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dalam salah satu rancangan TV9 Nasi Lemak Kopi-O CintaMu. Mohom perkongsian untuk semua umat Islam ya Ustaz.

"Ya Allah  ya Tuhanku, aku memohon kepada Mu akan kecintaan Mu dan kecintaan orang yang mencintai Mu dan kecintaan amalan yang membawaku dekat kepada kecintaan Mu" Amin



Sakit Tekak

Sejak kecil lagi bila cu dan adik-beradik kena sakit tekak, arwah mak akan buat nasi rendam. cara membuat nasi rendam adalah seperti di bawah:
  • satu sudu besar nasi dan masukkan dalam gelas,
  • masukkan air ke dalam gelas sehingga penuh,
  • tutupkan gelas itu dan biarkan semalam,
  • esok pagi selepas bangun tidur, minum air nasi rendam tersebut, jangan lupa baca Bismillah dan berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit kita. Amin

Selain dari itu ada juga yang minum air assam jawa .




Atau bancuh madu, air bersama limau nipis untuk melegakan sakit tekak. Ikutlah mana yang serasi dengan kita.