Ads

Pages

Language

Monday, March 31, 2014

Angin

Selepas solat asar terasa pening kepala dan rasa nak muntah. Cu dah tahu ini mesti banyak angin dalam perut sebab lambat makan tengahari tadi. Cu pun lumurkan minyak cap kapak ke dahi dan belakang leher.


Apa lagi cu pun masak air halia resepi arwah mak iaitu:
  • tumbuh halia tua sebesar ibu jari, tak payah sampai lumat
  • masukkan halia tadi ke dalam periuk
  • masukkan lada hitam 4 biji 
  • masukkan 4 gelas air
  • masak sehingga mendidih.
  • sedap di minum semasa panas-panas suam 










Alhamduillah selepas minum air halia ini 3 gelas, mulalah sedawa dan pening kepala pun sembuh dengan pertolongan Allah. Boleh juga minum air halia ini ketika dalam pantang untuk membuang angin. Selamat mencuba.


  

Sunday, March 30, 2014

Menghilang Hanyir Ikan

Ikan yang telah disiang hendaklah di basuh dengan membersih darah di celah-celah tulang dan kepala ikan sehingga putih. Kemudian gaulkan ikan tadi dengan garam kasar/ halus berserta asam jawa, Biarkan ikan tersebut selama 1 minit. Lepas ituikan di basuh dan siap untuk di masak.


Thursday, March 27, 2014

Bermusafir

Setiap kali cu dan keluarga hendak bercuti samada di dalam negeri atau di luar negara, cu akan pastikan akan bawa senaskah Al-Quran dan buku Yassin bersama.




Al-Quran akan di simpan di dalam beg besar dan buku Yassin di dalam beg sandang. Sebaik aje masuk kenderaan tak kiralah naik kereta, bas, keretapi atau kapalterbang, cu akan pakai tali pinggang terlebih dahulu, kemudian baca doa :

  • ayat kursi,
  • doa naik kenderaan,
  • baca yassin
  • berzikir
Apabila telah sampai ke destinasi, bersyukur kerana telah selamat sampai. Kemudian di tempat penginapan, sebelum tidur bacalah surah Yassin atau surah Al-Mulk. 

Cu selalu berdoa agar percutian ini mendapat keberkatan, rahmat dan keredaan Allah serta Allah mempermudahkan segala-gala untuk kami. Bila kita bercuti niat lah untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah di negeri orang dan memahami masyarakat Islam di sana. Singgah juga di masjid untuk bersolat berjemaah 

Tuesday, March 25, 2014

Cara Membasuh Sayur-sayuran



Sekarang zaman teknologi, sayur-sayuran pun di basuh dengan cecair sayuran untuk kelihatan segar dan macam-macam lagi.

Pada masa Cu kecil, sayuran yang telah di potong direndam di dalam air garam aje. Caranya:

  • Letakkan sayuran dalam besen,
  • Bubuh air dan satu sudu kecil garam ke dalam besen yang berisi sayuran,
  • Ulat sayur dan pasir akan mendap ke bawah besen, 
  • Tapis sayuran tersebut sambil berselawat
  • Insyallah sayuran tersebut bersih dan boleh mula menumis sayuran.

Cara Membasuh Daging/Ayam

Cu teringat semasa kecil apabila menolong mak di dapur. Mak selalu berpesan apabila hendak membasuh daging atau ayam.

Daging dibasuh dengan air lalu sehingga tiada warna kemerahan pada air basuhan. Selepas itu rendam daging dengan tepung gandum selama 1 minit. Kemudian basuh balik daging tersebut. Daging akan kelihatan cerah dan sedia untuk di masak samada kari daging, daging masak kicap mengikut menu masing-masing.





Ayam hendaklah di buang kulit dan lendir sehingga bersih. Kemudian baru rendan dengan tepung gandum selama 1 minit. Basuh kembali ayam dan ayam pun telah sedia untuk di masak.


Oh ya bila sauh daging atau ayam, bacalah selawat nya. Sentiasa berzikir apabila kita memasak.

Monday, March 24, 2014

Hilangkan Tompok-tompok Hitam di Hidung

Petua dari arwah ibu cu , seorang ibu yang mendidik kesemua anak-anaknya dengan kasih sayang. Caranya ialah:

  • ambil putik jambu batu asli bukan kacukan 
  • asakkan jambu batu tersebut di belakang lesung batu (basuh dahulu belakang lesung batu tu) dengan sedikit air
  • ambil kulit jambu batu yang halus dari belakang lesung batu dan gosok di hidung sehingga kulit jambu batu itu berjatuhan dan kesat
  • selepas itu basuh muka.
Insyallah tompok-tompok hitam akan hilang sedikit demi sedikit dan kulit muka akan menjadi halus.



Thursday, March 20, 2014

Penyucian Hati

Pengajian ilmu dari program Tanyalah Ustaz- untuk menyucikan hati
  • Mengaji Al-Quran dan faham maknanya
  • Berzikir
  • Solat sunat sepertiga malam
  • Menghadir majlis ilmu
  • Berkawan dengan orang-orang alim