Ads

Pages

Language

Wednesday, June 25, 2014

Demam Ketika Berpantang

Zaman moden sekarang, ramai yang berpantang di dalam bilik berhawa dingin atau berkipas. Dari anak pertama hingga anak keenam, cu lebih suka bermandi peluh dari berkipas. Sebenarnya berpeluh itu akan menyihatkan badan, Toksin  akan keluar apabila badan kita berpeluh insya Allah.

Pernah satu hari cu tidur di bawah kipas, apa lagi malam itu terus demam dan sakit-sakit badan. Arwah mak kata dah bedan sebab kena kipas.

Untuk meredakan demam dan sakit-sakit badan ini, cu minum milo panas dan minum air halia supaya berpeluh. Insya Allah selepas itu, demam akan reda sikit.

Nota: Kalau demam masih tak reda dalam masa 1 hari, pergilah ke Klinik ya.
:

Sakit Perut dan Cirit Birit Semasa Pantang Bersalin

Orang yang dalam pantang bersalin kena jaga makanan yang di makan, tak boleh makan makanan sejuk dan berangin. Kalau salah makan, boleh membuat seseorang itu sakit perut dan cirit birit. Cu pernah alami perkara ini, puncanya makan kuih talam beras semalam. Sakit perut itu memang sakit sungguh tak boleh nak cerita.

Bila kena begini, cu akan minum air halia banyak-banyak (sila rujuk cara membuat air halia di blog ini). Insya Allah sakit tersebut akan reda.

   

Ruam Bayi

Anak sulung cu telah melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Jun 2014. Jadi cu agak sibuk uruskan anak dan cucu tak sempat nak kemaskini blog. ini baru ada masa, alhamduillah kerja rumah dah settle dan cucu pun tengah tidur.

Sekarang ini musim panas. Walaupun pasang kipas, masih terasa bahang panas. Cucu cu kena ruam panas di tengkuk dan pelipat tangan. Apa lagi cu pun letak bedak muntah belut (macam bedak sejuk tapi bentuk bulat macam duit 50 sen). Bedak ini boleh didapati di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Sekarang harganya mahal juga iaitu 1 biji harga 50 sen.

Alhamduillah dah berkurangan ruam nya. Caranya adalah:
  • ambil separuh bedak muntah belut dan letakkan dalam bekas,
  • tambahkan sedikit air dan bancuh,
  • sapu pada ruam selepas mandi atau bila-bila masa pun boleh.
Peringatan: Jika ruam tersebut berisi air, sila bawa bayi berjumpa dengan doktor.