Ads

Pages

Language

Wednesday, November 10, 2010

Bisul

Bisul adalah merupakan darah kotor dalam badan yang akan keluar seperti binjol pada permukaan kulit. Bisul ini ada yang bermata dan ada yang tiada mata. Bisul yang bermata yang telah masak akan mengeluarkan nanah dan darah. Sementara bisul yang tiada mata akan tinggal berada di kulit begitu saja. Bisul jenis ini kadang-kadang akan mengecut dengan sendiri dan kadang-kadang akan jadi ketuat. Selalunya yang menjadi ketuat doktor akan melakukan pembedahan kecil untuk membuangnya.

Mengikut petua arwah mak saya, hendaklah ambil air liur di lelangit selepas bangun tidur dan sapukan ke bisul tersebut. Lakukan setiap pagi sehingga bisul tersebut mengecil dan terus hilang, insyallah.


Cara yang lain ialah menyapu nigeel oil atau minyak but-but selepas mandi.


                    

No comments:

Post a Comment