Ads

Pages

Language

Wednesday, November 10, 2010

Bisul

Bisul adalah merupakan darah kotor dalam badan yang akan keluar seperti binjol pada permukaan kulit. Bisul ini ada yang bermata dan ada yang tiada mata. Bisul yang bermata yang telah masak akan mengeluarkan nanah dan darah. Sementara bisul yang tiada mata akan tinggal berada di kulit begitu saja. Bisul jenis ini kadang-kadang akan mengecut dengan sendiri dan kadang-kadang akan jadi ketuat. Selalunya yang menjadi ketuat doktor akan melakukan pembedahan kecil untuk membuangnya.

Mengikut petua arwah mak saya, hendaklah ambil air liur di lelangit selepas bangun tidur dan sapukan ke bisul tersebut. Lakukan setiap pagi sehingga bisul tersebut mengecil dan terus hilang, insyallah.


Cara yang lain ialah menyapu nigeel oil atau minyak but-but selepas mandi.


                    

Monday, November 8, 2010

Sakit Kepala / Pening

Secara tradisional, sakit kepala boleh diubati insyallah dengan menggunakan daun bunga raya merah yang asli. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Ambil daun bunga raya sebanyak 7 helai.
  • Tumbuk daun bunga raya itu sehingga lumat.
  • Lumurkan ke kulit kepala dan balut dengan tuala good morning.
  • Insyallah sakit kepala akan berkurangan.
Selain dari itu herba HPA seperti di bawah dapat meredakan sakit kepala insyallah. Selamat mencuba.
                                                                     
                                                                          
                    Harga Pengguna
                    Semenanjung Malaysia: RM 22.00
                    Sabah & Sarawak: RM 25.00
                    Kos Penghantaran :  RM5.30 
                                                                                                                    

Saturday, November 6, 2010

Sakit Lutut

Sakit lutut selalu di alami oleh wanita yang telah berusia 40 tahun ke atas. Ianya disebabkan oleh tiada lagi pelicin  pada otot lutut. Sakit ini insyallah boleh diataskan dengan mengamalkan minum Kopi Red Guara sehari sekali. Kalau nak minum lebih pun boleh.
  Harga Pengguna 
  Semenanjung Malaysia: RM 22
  Sabah & Sarawak: RM 24.50
   Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30  

Mengelak Rambut Beruban

Petua ini saya dapat daripada seorang kawan, petua dari neneknya. Apabila kita basuh tangan selepas makan, hendaklah sapu ke kepala (hendaklah di amalkan ketika masih muda dan rambut belum beruban lagi). Ini dapat melambatkan rambut beruban, insyallah.

Petua lain adalah dengan menggunakan produk rambut Mustika Ratu untuk membasuh rambut

  • Minyak Cenceman
  • Shampoo Bayam
  • Bilasan Santan
  • Cream Cenceman
Cara-caranya:
  • Letakkan minyak cenceman pada kulit rambut dan urut kepala. Biarkan selama 1 minit.
  • Basuh rambut dengan shampoo bayam sambil mengurut kepala.
  • Bilas dengan air sehingga bersih.
  • Letakkan bilasan santan pada tapak tangan dan ratakan ke seluruh rambut. Biarkan 1 minit dan kemudian bilas rambut kembali.   
  • Cream Cenceman hendaklah digunakan selepas selesai basuh rambut. Ratakan Minyak Cenceman pada rambut dan balutkan dengan tuala good morning. Biarkan selama 1 jam. Cream Cenceman hendaklah digunakan seminggu sekali. 
         Peringatan:  
         Jangan guna Bilasan Santan apabila mengguna Minyak Cenceman.



Pantang Selepas Bersalin

Ibu-ibu zaman moden jarang berpantang selama 44 hari, kenapa ya. Mereka akan rasa gelisah bila duduk rumah selama 44 hari malah ada yang berpantang cuma 30 hari aje. Hati sentiasa rasa nak keluar untuk pergi membeli-belah atau tengok wayang. Badan akan rasa sihat selepas seminggu bersalin tetapi tahukah bagaimana rasanya bila telah berumur 40 tahun.???

Sepatutnya ibu-ibu hendaklah menjaga badan pada waktu pantang iaitu selama 44 hari supaya ibu-ibu masih lagi merasa sihat dan segar apabila umur telah mencapai 40 tahun ke atas, insyallah. Semasa itu, macam -macam sakit akan datang seperti sakit lutut dan badan rasa lesu.

Semasa berpantang, ibu-ibu patut amalkan perkara yang berikut:
  • Pagi,petang dan malam - makan nasi dengan serunding ayam/daging berserta lada hitam tumbuh (untuk membuang angin). 
  • Minum air halia atau air akar kayu (untuk mengecutkan rahim) bila terasa dahaga. Jangan minum banyak air putih kerana ini akan menyebabkan rahim menjadi kembang dan keputihan selepas pantang. 
  • Bertungku pagi dan petang untuk mengempiskan perut dan mengecutkan rahim.
  • Berurut 3 hari berturut-turut pada permulaan bersalin dan selepas pantang    
  • Makan jamu bersalin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Sentiasa minum air gamat pada waktu pagi satu sudu teh untuk mengubat luka di dalam rahim dan luka jahitan.
  • Sentiasa berbengkung untuk mengempiskan perut dan membuang angin. 
  • Sentiasa berstokin dan berselipar supaya angin tidak masuk melalui tapak kaki.
  • Mandi pagi dan petang dengan air rebusan daun mengkudu dan serai wangi selama 3 hari atau seminggu. 
  • Kalau masih lapar, makanlah biskut cream carckers bersama minuman koko panas/milo panas. 
  • Jangan duduk di dalam bilik berhawa dingin atau memasang kipas ketika dalam pantang. Badan yang sihat adalah yang banyak berpeluh.
  • Sayur-sayuran yang boleh dimakan adalah sawi, ulam pegaga, pucuk mengkudu(direbus), kuchai, khasiat sayur-sayuran ini adalah panas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35
Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM5.30  







Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 85
Sabah & Sarawak: RM 95

Kos Penghantaran (Sem. Malaysia sahaja) : RM7.00