Punca sakit ini mungkin dari perkara berikut:
- duduk terlalu lama ketika bekerja menggunakan komputer
- mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah
- urutan yang tidak betul
Cu selalu mengalami sakit di belikat semasa kerja dulu. Sebabnya cu seorang programer, sentiasa mengadap komputer. sekarang sakitnya datang kembali bila silap angkat barang di dapur, maklumlah bukan makin muda lagi.
Bila sakit ini datang, mula-mula cu akan sapukan minyak panas. Cu selalu gunakan balsam ini.Insyallah sakit tersebut akan berkurangan.
Kalau masih terasa sakit, guna alternatif lain iaitu tampal koyok pulak. Koyok ini panas juga tapi boleh bertahan 8 jam. Haha teringat semasa kerja, kawan-kawan akan tahu bila kak eda sakit di belikat,. sebab boleh bau koyok tersebut. Masih teringat kawan-kawan kerja.
Lepas tampal koyok tak reda juga maknanya urat dah bengkak, kenalah jumpa doktor. Doktor akan beri pil 'muscle relax'. Pil ini mengantuk jadi jangan pandu kereta selepas makan pil ini. Bagi mereka yang ada gastrik, tolong beritahu doktor ya. Sebab pil ini ada kesan pada gastrik. Minta pada doktor pil gastrik juga untuk di makan bersama pil 'muscle relax'
Jangan biarkan sakit ini berlarutan sebab sakitnya akan mudah merebak ke tengkuk. Kita hanya berusaha sesungguhnya Allah yang menyembuh segala penyakit. Jangan lupa berdoa ya.
No comments:
Post a Comment